♥PROFILE

5 SCIENCE 1 2010 OF SMK SRI TEBRAU

WE ARE HAPPY FAMILY :)

Photo Flipbook Slideshow Maker



♥TALKS



♥FRIENDS

samantha's
pui ling's
hui en's
siow's
ai jin's
jeremy's

♥MEMORIES


•February 2009

•March 2009

•April 2009

•May 2009

•June 2009

•July 2009

•August 2009

•September 2009

•October 2009

•November 2009

•December 2009

•January 2010

•February 2010

•March 2010

•April 2010

•May 2010

•July 2010

•August 2010

•September 2010

•December 2010

•March 2011

•December 2011


♥CREDITS

Designer : SIMIN
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
♥Picture upload :PHOTOBUCKET
♥Coding :MINMIN
♥Image: 1

Powered by Blogger


Friday, February 6, 2009


NOTA BM KELAS 4 SAINS 1 oleh En. Razak
Untuk pelajar tingkatan 4 Sains 1, pada hari ini saya telah menerangkan kepada anda semua berkaitan tajuk Cakap Ajuk dan Cakap Pindah.

1. Cakap Ajuk ialah jenis ayat dalam bentuk perbualan/ orang bercakap.Ada dua jenis ayat yang menunjukkan orang sedang bercakap iaitu :

"Tolong tulis karangan yang panjangnya melebihi 350 patah perkataan sekarang, " perintah Cikgu Amin kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 Sains 1.

Cikgu Amin : Pelajar-pelajar tingkatan 4 Sains 1, sila tulis karangan yang panjangnya melebihi 350 patah perkataan sekarang juga.

2. Cakap pindah ialah jenis ayat yang tidak mengandungi dialog secara langsung

Langkah Menukar Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah.

1. Pastikan ragam ayat tersebut sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seruan.
- Jika ayat penyata : Dia menyatakan, dia menerangkan, dia memberitahu
- Jika ayat tanya : Dia bertanya sebab, dia ingin tahu, dia ingin mendapat penjelasan
- Jika ayat perintah : Cikgu mengarahkan, cikgu menyuruh, cikgu melarang
- Jika ayat seruan : Dengan marah, dengan sedih, dia kagum, dia hairan

2. Elakkan daripada menggunakan kata tanya iaitu :
Apa, siapa, di mana. bagaimana, mengapa

Contoh :Param : Berapa harga sekilogram udang basah ?

Jawapan (1): Param bertanya berapa harga sekilogram udang basah (X)
(2): Param bertanya harga sekilogram udang basah (/)

Ah Chong : Boleh saya membeli daging ini dengan cara berhutang ?

Jawapan : (1) : Ah Chong bertanya bolehkah dia membeli daging itu dengan cara berhutang. (X)
(2) : Ah Chong ingin membeli daging itu dengan cara berhutang. (X)
Keterangan : Ayat ini maksudnya berbeza daripada ayat asal.
(3) : Ah Chong bertanya sama ada dia boleh membeli daging itu dengan cara berhutang. (/)

3. Penutur dengan isi yang dituturkan mesti sama

Ah Seng : Mengapa Azmi tidak datang ke sekolah pada hari ini ?

Jawapan : (1) : Azmi bertanya sebab Ah Seng tidak datang ke sekolah pada hari itu.(X) - Isi cerita berbeza daripada apa yang dituturkan.

(2) : Ah Seng bertanya sebab Azmi tidak datang ke sekolah pada hari ini(/)

Latihan ( Rujuk Buku Teks Tingkatan 4 : Halaman 144 )

Jason : Aduh, sakitnya hati saya !

Aduh ialah kata seru yang bertujuan menyatakan perasaan marah dan rasa tidak puas hati )

Sambil melepaskan geram, Jason menyatakan bahawa hatinya telah disakiti.
Dengan perasaan marah, Jason menyatakan bahawa hatinya telah disakiti.
Jason menyatakan kemarahannya sambil menyatakan bahawa hatinya telah disakiti.

Manimala : Mengapakah awak mengeluh sahaja ni ?

Mengapakah ialah kata tanya yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
Manimala bertanya sebab Jason asyik mengeluh.
Manimala ingin tahun punca Jason asyik mengeluh.
Manimala mahu kepastian punca Jason asyik mengeluh.

Jason : Oh, awak pura-pura tak tahu pula !

Jason menjelaskan bahawa Manimala sebenarnya berpura-pura tidak mengetahui sebab Jason asyik mengeluh.

Manimala : Usahlah awak menyindir saya.

Usahlah ialah kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap permintaan ( larangan ).

Manimala meminta agar Jason tidak menyindir dirinya.
Manimala mengingatkan Jason agar tidak menyindir dirinya.

Untuk pelajar tingkatan 4 Sains 1- sila buat soalan seterusnya. Saya yakin anda akan mampu menguasainya dalam jangka waktu yang singkat. "BM kacang"

Dari: http://galusbm.blogspot.com/


~johboy2418~

| Smile always | post by johboy2418 at 6:57 PM